BEZA AIR MINERAL DAN AIR RO

Air merupakan keperluan yang sangat penting untuk tubuh badan manusia. Tanpa air manusia tidak akan dapat hiup. Oleh itu, kita wajib memastikan air yang kita minum adalah bersih dan sihat. Air yang tidak persih akan menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit.

Dengan teknologi yang semakin berkembang, teknik tapisan untuk merawat air telah dicipta supaya kita dapat minum air yang bersih dan sihat. Biasanya jenis air yang kita minum ada dua jenis iaitu air yang melalui rawatan Reverse Osmosis (RO) atau Osmosi Berbalik, dan juga air mineral.

APA ITU AIR RO (REVERSE OSMOSIS)?

Air RO atau Reverse Osmosis ini merupakan air yang dirawat dan ditapis daripada sumber bekalan air paip. Air RO sering dipanggil sebagai air tulen, air suling atau air mati kerana ia bebas daripada bakteria dan mineral.

Pada peringkat awal, mesin air RO ini hanya digunakan di peringkat industri sahaja. Hal ini kerana Air RO tidak mengandungi mineral dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia disebabkan ianya telah ditapis keluar bagi mendapatkan air yang benar-benar tulen.

Air RO sering dilabelkan sebagai Air Minuman bertutup Warna Putih yang biasa di jual di kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya harga Air Minuman ini lebih murah berbanding Air Mineral. Air Mineral biasanya dilabel dengan penutup berwarna Biru atau Hijau.

BOLEHKAH KITA MINUM AIR RO?

Jawapannya semestinya BOLEH. Jika tidak boleh air ini sudah pasti diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. Adakah Air RO ini sihat diminum?

Seperti yang telah diterangkan tadi, Air RO adalah air yang betul-betul tulen sehingga tidak mengandungi sebarang mineral dan zat galian. Oleh sebab itu, Air RO tidak berapa sesuai untuk tubuh badan kita. Hal ini telah diperakui sendiri oleh World Health Organization WHO.

  • Air RO merupakan air yang bersifat asid. Ia boleh menghakis iaitu dengan menyerap kembali natrium, kalium, klorida, kalsium danion magnesium daripada tubuh badan.
  • Menyebabkan tubuh badan menyimpan lebihan air yang tidak dapat dilawaskan (water retention).
  • la juga akan menyerap elektrolit dari tubuh kerana didalam air tersebut tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan.

Kesan jangka masa panjang mungkin berlaku jika meminum Air jenis RO. Antaranya ialah masalah
berkaitan jantung, kekejangan otot, sering keletihan, masalah tulang dan gigi, hipertensi, ulser perut, gastrik dan lain-lain lagi.

Jika anda minum Air RO, rasanya juga kurang enak, ada yang kata Air RO rasanya seperti air kelapa. Air RO juga biasanya kurang berkesan bagi menghilangkan rasa dahaga.

APA ITU AIR MINERAL?

Air mineral merupakan air daripada sumber bawah tanah yang dipam naik kemudian melalui beberapa proses untuk membuang kuman dan bakteria. Air jenis ini mengandungi mineral semula jadi yang sangat diperlukan untuk tubuh badan.

Biasanya jika di kedai runcit atau pasaraya, air mineral dilabelkan dengan penutup berwara biru atau
berwarna hijau. Biasanya air mineral semulajadi harganya lebih mahal daripada air minuman RO. Dari segi rasa pula, air mineral lebih rasa segar jika kita minum.

Antara kandungan mineral yang penting untuk tubuh badan kita ialah Kalsium, Magnesium, Sodium dan Potassium. Badan kita sangat memerlukan mineral untuk kesihatan tubuh badan

KELEBIHAN MINUM AIR MINERAL CUCKOO

Tahukah anda sebenarnya air paip yang dirawat dan dibekalkan ke rumah kita juga mengandungi mineral? Penapis Air Cuckoo direka untuk menghasilkan air mineral beralkali ringan yang mempunyai kualiti sama dengan air mineral semulajadi.

Penapis Air Cuckoo menggunakan teknologi penapisan Nano Positive Filtration System yang telah dipatenkan. Dalam teknologi ini, terdapat satu filter yang dipanggil Natural Filter, filter ini akan menapis dan mengekalkan kandungan mineral dalam air tersebut. pH air yang dihasilkan pula menepati saranan dan standard WHO iaitu sekitar 7.5 yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Kandungan mineral utama yang dikekalkan oleh Penapis Air Cuckoo ialah Kalsium, Magnesium, Sodium dan Potassium:

  1. Kalsium – Merupakan mineral yang terpenting dalam tubuh badan kita. Kalsium amat diperlukan untuk menguatkan tulang dan menyihatkan sistem peredaran tubuh badan.
  2. Magnesium – Membantu untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Ia juga membantu untuk mengekalkan fungsi otot, sistem saraf, jantung dan buah pinggang.
  3. Sodium – Mengekalkan sistem fungsi tubuh badan dengan mengawal tekanan darah, memberi keseimbangan cecair dalam badan dan mempengaruhi pergerakan otot.
  4. Potassium – Untuk memberi fungsi terbaik pada sel tubuh badan. Ia juga boleh mengekalkan
    kelonggaran dan pengecutan otot yang sangat penting untuk jantung dan membantu sistem penghadaman.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, jika ingin dibandingkan antara air mineral dan air RO, air mineral jelas dan nyata mempunyai lebih banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Ada segelintir masyarakat yang menganggap semua jenis air adalah sama tetapi hakikatnya tidak sama.

Air Mineral Beralkali Ringan yang dihasilkan oleh Penapis Air Cuckoo sangat baik untuk membantu detoksifikasi dan mengurangkan refluks asid dalam badan. Ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan tulang, memberikan manfaat sebagai antioksidan dan sangat penting untuk kesihatan jantung.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau ingin dapatkan PROMOSI TERKINI PRODUK CUCKOO TAHUN 2023 boleh KLIK DISNI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *