Penapis Air atau cerek? Yang manakah lebih relevan?. Sudah menjadi satu kemestian atau kewajipan apabila kita hendak minum air bersih, air mesti dijerang atau dimasak dahulu bagi mematikan kuman atau bakteria bertujuan untuk mengelakkan diri kita dari terminum air yang tercemar. Seperti yang berlaku di Negeri Selangor, isu yang sedang hangat diperkatakan bekalan air di Selangor sering terputus akibat pencemaran yang berlaku di loji rawatan air. Hal ini menambahkan lagi kerisauan kepada pengguna air dimana air yang disalurkan di rumah adalah tidak bersih dan risiko tercemar masih tinggi.
Persoalannya, benarkah jika kita masak air menggunakan cerek akan sepenuhnya matikan kuman atau bakteria dalam air?. Apakah air benar-benar bersih jika hanya dimasak menggunakan cerek?. Adakah masih relevan zaman penuh dengan pencemaran, kita masih lagi menggunakan cerek untuk memasak air?
CEREK MEMBAHAYAKAN?
Zaman sekarang merupakan zaman yang penuh dengan pencemaran, tidak seperti zaman dahulu, takat pencemaran masih kurang jika hendak dibandingkan dengan zaman sekarang.
1.PENGGUNAAN ELEKTRIK YANG TINGGI
Tahukah anda sebenarnya Cerek Elektrik menggunakan elektrik yang sangat tinggi ketika menjerang air?. Ya, ketika menjerang air, penggunaan elektrik meningkat mendadak sehingga 100kW. Hal ini menyebabkan pembaziran elektrik setiap kali menjerang air.
2."COIL" DAN DINDING CEREK BERKARAT
Anda rasa air yang diminum masih selamat dan bersih jika keadaan cerek elektrik sebegini rupa?. Penebat ataupun “Coil” di dalam cerek tersebut akan menjadi karat sekiranya kekerapan yang digunakan adalah tinggi. Dinding cerek tersebut akan berkerak dan akan menyebabkan kita minum air yang berkarat dan tidak bersih.
3. KANDUNGAN LOGAM BERAT
Adakah anda tahu bagaimana keadaan paip-paip utama yang membekal air ke rumah kita?. Paip-paip utama yang bertahun lama sudah tidak diselenggara pastinya sudah berkarat, berkerak dan berkeladak. Tambahan pula kekerapan pencemaran air yang semakin membimbangkan membuatkan air yang disalurkan ke rumah kita sangatlah tidak bersih. Hanya dengan menjerang air tidak akan menghilangkan kandungan logam berat dalam air yang diminum. Menjerang air hanya akan mematikan kuman dan tidak kepada logam berat. Logam berat sangat bahaya dimana boleh menyebabkan penyakit penyakit kronik dan kanser.
4. BAHAYA CEREK PADA KANAK-KANAK
Cerek yang sedang mendidih panas sangat membahayakan kanak-kanak. Cerek yang panas tanpa sebarang penebat akan mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan jika kecuaian berlaku ketika mengendalikan air yang sedang mendidih dalam cerek. Terdapat beberapa kes air panas tertumpah pada tubuh badan kanak-kanak sehingga menyebabkan kemelecuran tahap 3 pada tubuh badan mereka. Malang itu tidak berbau, berhati-hati dan cegah sebelum kena.
5. BAHAYA AIR YANG DIJERANG BERULANG
Tahukah anda sebenarnya merbahaya jika kita menjerang air yg sama berulang kali?. Ya, sangat bahaya kerana air yang dijerang berulang kali akan menyebabkan struktur molekul air tersebut akan berubah dan memberikan kesan negatif pada buah pinggang dan merupakan punca berlakunya batu karang.
KAEDAH ALTERNATIF UNTUK DAPATKAN AIR BERSIH
Terdapat 2 kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk mendapatkan air bersih selain daripada menjerang air. Kaedah yang pertama ialah dengan membeli air botol mineral di kedai runcit. Air mineral yang telah ditapis dan disuling sangat sihat untuk diminum. Terdapat 2 jenis air botol dipasaran iaitu Air Mineral dan Air Minuman (Reverse Osmosis). Cara membezakan antara 2 jenis air tersebut adalah pada penutupnya. Biasanya Air Mineral bertutup warna biru dan Air Minuman (Reverse Osmosis) berwarna putih.
Apakah perbezaan antara Air Mineral dan Air Minuman RO?. Air mineral mempunyai bahan-bahan mineral yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manakala Air Minuman RO telah menapis semua mineral yang ada dalam air tersebut. Dari segi rasa, Air mineral rasa lebih segar berbanding Air Minuman RO. Harga untuk sebotol air Mineral ialah RM 1.80 – RM 2.50.
TAK LARAT HARI-HARI KENA BELI AIR MINERAL
Ya, harga air mineral di pasaran boleh dikatakan mahal jika kita hanya bergantung pada air tersebut. Jika sebotol berharga RM 2.50, dalam sehari seorang minum 2 botol air bermakna sehari anda perlu mengeluarkan RM 5 untuk 2 botol air mineral. Jika sebulan, anda perlu menghabiskan RM 150 hanya untuk membeli air mineral di pasaraya. Itu jika anda seorang yang bujang, bayangkan jika anda sudah bekeluarga, ada isteri dan anak yang juga memerlukan air mineral bersih untuk diminum.
Kaedah alternatif kedua yang sangat relevan pada masa kini adalah penggunaan mesin penapis air atau “water purifier”. Kewujudan jenama-jenama penapis air di Malaysia bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ada yang mahal, ada yang murah. Penggunaan mesin penapis air dijamin sangat menjimatkan kos, menjimatkan elektrik, menjimatkan masa, dan menjimatkan tenaga. Selain itu, air yang diminum sangat bersih dan baik untuk kesihatan. Paling penting, air dari mesin penapis air adalah air yang “unlimited” dan tanpa had. Minum sebanyak mana yang anda ingin.
PENAPIS AIR CUCKOO XCEL
Penapis Air Jenama Cuckoo sangat diyakini dan mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia atau W.H.O. Model Xcel adalah model yang paling elegan, harga yang mampu milik dan canggih. Hanya bermodalkan RM 2.60 sehari anda mampu memiliki penapis air secanggih ini.
Dengan dilengkapi Suhu Panas, Suam dan Sejuk, anda tidak lagi perlu menjerang air dan sejukkan air dalam peti sejuk. Hanya perlu “Click” dan “Ready To Drink”. Percaya atau tidak, dengan menggunakan Penapis Air Cuckoo, segala masalah yang anda hadapi ketika menggunakan cerek dapat diatasi.
1.SANGAT JIMAT ELEKTRIK
Penggunaan elektrik pada penapis air jenama Cuckoo sangatlah menjimatkan. Hanya memerlukan 100W untuk suhu sejuk dan 300W untuk suhu panas. Berbanding dengan cerek elektrik yang menggunakan hampir 100kW, penggunaan penapis air jauh lebih menjimatkan.
2. AIR MINERAL BERALKALI RINGAN
Penapis air Cuckoo XCEI menghasilkan air yang bermineral beralkali ringan dimana pH sekitar 7.5. Sudah pastinya air yang dihasilkan dari penapis air Cuckoo XCEL adalah sangat bersih dan sihat untuk seisi keluarga.
Cuckoo menggunakan sistem tapisan Nano Positive dimana membasmi 99.99% kuman dan bakteria serta logam berat daripada air. Pada masa yang sama juga kandungan mineral dalam air dapat dikekalkan.
Antara kandungan mineral yang terdapat dalam air tapisan Cuckoo adalah Magnesium, Calcium, Potassium dan Sodium pada kadara yang munasabah untuk tubuh badan yang mana jauh lebih baik dari air suling dan osmosis songsang.
3.TETAPAN AIR 3 SUHU
Penapis Air Cuckoo XCEL mempunyai 3 tetapan suhu iaitu Sejuk, Panas dan Suam. Kelebihan 3 suhu ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan anda minum air mineral tanpa had tanpa perlu membuang masa menjerang air dan menyimpan air dalam peti sejuk.
Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk membuat susu anak jika anak terbangun pada tengah malam. Pada harga yang mampu milik, anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyediakan air minuman di rumah.
4. TANGKI AIR STAINLESS STEEL ANTI-BACTERIA
Kesemua penapis air berjenama Cuckoo menggunakan Tangki Stainless Steel. Kelebihan tangki simpanan air ini adalah lebih bersih dan tanpa karat.
Tangki air jenis ini juga dapat mengelakkan daripada keladak dan kekuningan yang melekat pada dinding tangki seperti mana yang sering berlaku pada cerek elektrik.
5. FUNGSI “CHILD LOCK”
Bagi anda yang merisaukan keselamatan anak-anak, Penapis Air Cuckoo XCEL ini dilengkapi dengan Fungsi Child Lock.
a. HOT LOCK – Untuk mengunci butang air panas
b. BUTTON LOCK – Untuk mengunci semua touch panel yang terdapat pada penapis air ini
6. SERVIS BERKALA SETIAP 4 BULAN PERCUMA!
Cuckoo menyediakan servis secara Percuma setiap 4 bulan dengan penukaran Filter baru sepanjang tempoh sewa beli.
Servis akan dilakukan oleh Natural Doctress iaitu Wanita. Sekiranya anda bekerja dan hanya ada isteri dirumah, anda tidak perlu risau sekiranya Cuckoo datang untuk servis penapis air di rumah.
Setiap individu yang datang servis adalah individu yang terlatih dan akan memakai seragam Cuckoo.
Beza antara Penapis Air Cuckoo dan jenama lain, Cuckoo tidak akan membasuh filter sedia ada, namun Cuckoo akan menggantikan terus dengan filter yang baru. Dalam tempoh 1 tahun, 6 filter akan ditukar kepada filter yang baru. Air akan sentiasa segar dan bersih untuk diminum anda sekeluarga.
Penapis Air Cuckoo XCEL sangat berbaloi. Dengan harga yang sangat mampu milik, RM 79 sahaja sebulan, anda dapat menikmati air bersih tanpa had, serta menjimatkan masa dan tenaga.