TIPS MEMILIH PENAPIS AIR TERBAIK DI PASARAN

TIPS 1: JENIS AIR

Sebelum memilih Penapis Air Terbaik di Pasaran, ada baiknya kita rujuk pada ciri-ciri Jenis Air minuman yg ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

  • pH 6.5 – pH 9.5
  • Mesti mengandungi kandungan mineral. Jika kurang atau tiada kandungan mineral tidak boleh dianggap sebagai air minuman yg ideal.
  • Bebas dari Pencemaran Logam Berat (Heavy metals)
  • Bebas dari bakteria,virus dan parasit

Dari Standard yg ditetapkan oleh WHO, Penapis Air seharusnya mampu utk hasilkan air dlm pH yg ditetapkan, mesti mengandungi mineral dan sistem tapisan perlu efisyen utk menapis logam berat, bakteria, virus dan parasit.

Teknologi Reverse Osmosis (RO) dapat menyingkirkan logam berat dan bakteria, namun pada masa yg sama ia turut menyingkirkan mineral yang baik utk tubuh badan dan dianggap sebagai ‘air mati’ kerana tiada khasiat. Sifat RO juga adalah asid. Jadi pilihan Mineral dan Alkali adalah lebih baik kerana air ini lebih berkhasiat, menyegarkan dan memberi manfaat pada kesihatan.

ph air

TIPS 2 - BILANGAN KELUARGA, SAIZ TANGKI & WARRANTY

Jika bilangan keluarga ramai memang berbaloi utk dapatkan saiz tangki yg besar. Tapi jika keluarga kecil 5-6 orang saiz yg sederhana dah memadai kerana semakin besar saiz tangki semakin lambat utk ‘refill’ tank supaya penuh semula, lambat sejuk dan lambat panas.

Selain itu, jika jarang digunakan, air dlm tangki akan bertakung dalam tempoh yg lebih lama. Jadi, ada baiknya saiz tangki kecil atau sederhana supaya tangki sentiasa digantikan dengan air yg baru dan lebih bersih. Mesin penapis air yg bertangki besar juga biasanya lebih mahal. 

Dari segi kualiti, pilihlah jenama yg mampu untuk bagi ‘Warranty’ yang lama. Ini kerana warranty yang panjang menunjukkan jenama itu yakin dengan kualiti mesin mereka. Jadilah pengguna bijak dan pilihlah Penapis Air Terbaik mengikut keperluan.

penapis air terbaik

TIPS 3: HALAL JAKIM

Jika dilihat dalam Harian Metro (rujuk sini) terdapat 120 jenama penapis air yang diragui status HALAL JAKIM berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.

Pastikan Penapis Air Terbaik yang anda ingin beli mempunyai pengiktirafan HALAL JAKIM. Ini bagi memastikan penapis air yang anda beli airnya dapat diminum tanpa was-was. Oleh sebab itu Cuckoo menitikberatkan pensijilan HALAL JAKIM bagi setiap produk yang dikeluarkan.

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

halal jakim

TIPS 4 - HARGA

Ini adalah perkara yang paling perlu diambil perhatian. Harga yang ditawarkan agak berbeza mengikut jenama, jenis mesin dan air serta pakej yang ditawarkan. Jenama antarabangsa dan terkenal biasanya sudah tentu lebih mahal tetapi amat berkualiti.

Ambil tahu juga samaada servis berkala, pemasangan dan pemindahan dikenakan caj atau percuma. Kerana ada jenama yg menawarkan harga mesin penapis air dengan harga yg murah, namun caj servis dan pemasangan juga boleh tahan mahal dan membebankan. Utk pakej bayaran, ada pilihan samaada sekali bayar (cash/outright) atau secara ansuran. Jika sekali bayar biasanya ada caj setiap kali servis dilakukan manakala secara ansuran pula biasanya sudah termasuk sekali kos servis selama tempoh bayaran.

Namun, tak semestinya begitu, bergantung juga pada jenama. Yang penting anda teliti dengan setiap kontrak agar tidak tertipu. Jika anda tak selesa berhutang, anda boleh pilih bayaran secara cash. Jika anda tiada bajet yg besar, anda boleh pilih secara ansuran. Ikut poket masing-masing

penapis air terbaik

TIPS 5 - AFTER SALES SERVICE

Mesin penapis air bukan barangan pakai buang. Untuk mengekalkan tahap kualiti mesin dan air yang dihasilkan, AFTER SALES SERVICE  sangat diperlukan. Penapis air yang murah tidak menawarkan ‘after sale service’ kerana filter anda perlu tukar sendiri.

Terdapat juga jenama-jenama kecil yang mengeluarkan penapis air yang baik, namun ramai juga yang mengadu pihak customer service sangat sukar dihubungi dan tidak konsisten. Maka pilihlah jenama yang dipercayai supaya pelaburan anda lebih berbaloi utk jangka masa panjang.

Ambil tahu juga proses/prosedur servis yang dilakukan. Ada yg sekadar datang lap dan tukar filter sahaja. Ada juga yg begitu teliti mengikut SOP dan menggunakan teknologi canggih utk mematikan kuman (Sterilization).

after sales service
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *